Senin, 30 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
2014
»
bajet
»
dapat
»
lebih
»
pdrm
»
perlu
»
peruntukan
»
Bajet 2014 PDRM Perlu Dapat Lebih Peruntukan

Bajet 2014 PDRM Perlu Dapat Lebih Peruntukan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed mahu kerajaan memberi peruntukan lebih besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Bajet 2014.
Nur Jazlan berkata, beliau sudah meneliti peruntukan untuk PDRM kira-kira RM90 juta untuk bajet tahun lalu dan jumlah itu didapati tidak mencukupi untuk pasukan tersebut.
“PDRM memerlukan peruntukan kewangan lebih besar daripada kerajaan kerana faktor keselamatan sentiasa menjadi isu yang dekat di hati rakyat.
“Isu keselamatan sekarang menjadi perkara utama perlu ditangani kerajaan dengan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan kesejahteraan hidup tetapi juga pelaburan asing,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.
Nur Jazlan dalam pada itu memuji usaha PDRM bagi membanteras kegiatan kongsi gelap yang berleluasa dalam tempoh dua tiga tahun kebelakangan ini melalui Ops Cantas.
Beliau turut meminta pasukan keselamatan meningkatkan operasi di semua pintu masuk negara bagi mencegah penyeludupan senjata api bagi menangani masalah pembunuh upahan.
Atas faktor itu, katanya, amat penting untuk PDRM dilengkapkan dengan infrastruktur ‘state of the art’ keselamatan yang diguna pakai pasukan keselamatan di negara maju
“Saya juga dimaklumkan bahawa PDRM ada memohon peruntukan RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) untuk melaksanakan sistem C4I ke seluruh negara.
“Saya mahu tahu di tahap manakah pelaksanaan sistem C4I ini, adakah peruntukan ini, sudah diberikan dan bagamana proses pelaksanaannya. Jika perlu dibantu untuk dipercepatkan , kita akan cuba bantu,” katanya lagi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar