Sabtu, 15 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Rumah baru Darul Mawa mudahkan skim penjagaan lanjut

Rumah baru Darul Mawa mudahkan skim penjagaan lanjut


ISNIN, 16 APRIL 2012

Cik Halimah Yacob menyambut kanak-kanak dari Rumah Tumpangan Darul Mawa ke rumah baru mereka di Guillemard Crescent.




SINGAPURA - RUMAH Tumpangan Kanak-Kanak Darul Mawa akan memberi tumpuan kepada program penjagaan lanjut bagi penghuninya yang bakal pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut superintenden Darul Mawa, Encik Sophian Kayat, pelbagai kemudahan yang ada di tempat baru Darul Mawa di Guillemard Crescent akan memudahkan lagi program tersebut dijalankan bagi para penghuninya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Darul Mawa, semalam.

Majlis tersebut dihadiri Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, yang menyambut 80 penghuni rumah tumpangan tersebut ke rumah baru mereka.

Menurt Encik Sophian, di bawah program itu, para penghuni diberi kebebasan berdikari dan mengatur sendiri jadual harian mereka.

Sebelum mereka pulang ke pangkuan keluarga untuk selama-lamanya, para penghuni akan diberikan tempoh penyesuaian selama setahun.

Sepanjang tempoh ini, kehidupan mereka tidak lagi berdasarkan aturan ketat, sebaliknya mereka mempunyai lebih banyak peluang membuat keputusan sendiri seperti sama ada mahu belajar atau tidur, kata Encik Sophian.

Pelaksanaan program tersebut, menurut Encik Sophian, dipermudahkan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bangunan baru Darul Mawa seperti bilik-bilik belajar yang terletak berdekatan bilik tidur para penghuni.

Sebelum ini, di bangunan lama, apabila tiba waktu tidur, semua lampu di bilik-bilik kemudahan dipadamkan.

Para penghuni harus mengikut peraturan dan tidur pada waktu yang ditetapkan.

Dengan kemudahan baru ini, para penghuni yang mengikuti program penjagaan lanjut boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu belajar atau tidur.

Jika mereka ingin belajar, mereka boleh ke bilik belajar yang terletak tidak jauh dari bilik tidur mereka.

Mereka tidak perlu mengikuti jadual penghuni yang di bawah program penjagaan dalaman, katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar