Minggu, 09 Maret 2014
Browse Manual »
Wiring »
benarkah
»
perlu
»
transformasi
»
umno
»
Benarkah Umno perlu transformasi

Benarkah Umno perlu transformasi

SETAKAT ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno nampaknya kekal milik penyandang. Belum ada yang berani tampil secara terbuka menawarkan diri untuk menentang Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Walaupun pemilihan kali ini dikatakan paling demokrasi dengan 150,000 perwakilan akan membuat penentuan, ramai yang bersetuju – mungkin juga takut! – bahawa dua jawatan tertinggi itu diberikan kemenangan percuma.
Apa yang pasti menjadi rebutan hangat ialah tiga kerusi naib presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sudah beberapa tokoh veteran parti mengesahkan untuk bertanding kerusi tersebut, termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pun dikatakan berminat untuk bertanding.
Malah sehari dua ini ada pula yang mencadangkan tokoh lebih muda – antaranya Datuk Mukhriz Mahathir – supaya bertanding jawatan tersebut. Ada yang berpendapat tenaga muda perlu menyertai kepimpinan tertinggi parti.
Kepimpinan yang baik sebenarnya tidak bergantung sangat pada usia. Kalau betul ada wibawa, tidak penuh dengan cacat-cela, mereka yang veteran boleh menjadi pemimpin.
Tetapi sekiranya telah dilihat dan dibuktikan penuh dengan noda-noda silam, tentu tidak sesuai menjadi pemimpin.
Kalau betul-betul parti terbesar Melayu itu inginkan transformasi, pilihlah hanya calon-calon yang ada wibawa. Sekiranya calon kaki busuk juga yang dipilih, macam mana Umno hendak ditransformasi?
*TIDAK kurang menarik ialah jawatan Ketua Wanita Umno yang setakat ini nampaknya akan dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil. Mulanya ada yang hendak lawan Shahrizat.
Datuk Seri Azalina Othman Said beria benar hendak menentang Shahrizat. Publisiti mengenainya tersebar dalam media. Sokongan terhadap bekas ketua Puteri itu pun dikatakan semakin banyak.
Tetapi, tiba-tiba sahaja Azalina mengumumkan tidak akan menentang Shahrizat. Soseh-soseh menyebut bahawa Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu sudah dinasihatkan oleh sesetengah pihak supaya memberi laluan kepada Shahrizat. Menang percumalah Kak Ijat!
Penarikan diri Azalina tidak menyejukkan tetapi semakin menghangatkan isu Wanita. Sudah kedengaran suara-suara yang mahu jawatan penting itu ditandingi. Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berharap ada yang menentang Shahrizat.
Katanya, seperti yang dilaporkan media, ada ramai tokoh wanita lebih berwibawa yang boleh menentang ketua sekarang. Adakah mana-mana wanita berwibawa yang berani bersingsing lengan dengan Shahrizat? Tungguuu...
*ORANG berduit ternyata tidak kisah sangat dengan kenaikan petrol sebanyak 20 sen. Ketika majoriti gelisah dengan tambahan 20 sen, ada pula yang boleh membelanjakan RM beratus ribu, bukan untuk RON, tetapi untuk membeli nombor plat.
Seperti yang diberitahu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), nombor plat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur W7A telah dibida pada harga RM129,000. Seorang menteri (tidak disebut namanya) pula telah menempah W9A.
Laporan Sin Chew Daily menyebut nilai bidaan beberapa nombor plat popular seperti W88A, W888A dan W6666A melebihi RM10,000 ke atas. Manakala nombor plat W2222A, W444A dan W4444A pula gagal melepasi nilai bidaan RM10,000 kerana ia tidak popular di kalangan masyarakat Cina.
Ada orang kesempitan wang membeli ikan kembung @ RM12 sekilo untuk menanggung anak isteri. Ada pula yang berebut membeli nombor plat walaupun pada harga RM ratusan ribu. Demikianlah!
*AKHIR kalam, ini satu berita dari Abuja, Nigeria: Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana ‘diperkosa’ lima daripada enam isterinya, Julai lalu. Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.
Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba. Menurut DailyMail, susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada suami di tempat kita yang berhasrat atau sudah pun beristeri empat. Selalulah minum kopi Tongkat Ali!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar