Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 16 Agustus 2014

Presiden PAS Kerajaan jadikan Syiah sebagai isu politik bukan untuk tangani

August 03, 2013
Kerajaan tidak berniat untuk menangani kontroversi mahzab Syiah sebaliknya menjadikannya sebagai isu politik, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).

Presiden PAS itu berkata, ajaran Syiah itu bukan perkara baru tetapi sudah lama wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam.
“Kerajaan lebih bersikap untuk menjadikan ia isu politik, bukan suatu tindakan. Sebenarnya, Syiah  wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam dan bukan perkara baru.

 “Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini,” kata Abdul Hadi dipetik dari portal Harakahdaily.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, bukan semua dalam mazhab Syiah yang terkeluar dari Islam dan ada yang masih berpegang dengan ajaran Islam.

“Syiah yang masih lagi dianggap seorang Islam yang dianuti di Iran, di Iraq dan selatan Lubnan. Mereka dibenarkan menunai haji di Mekah kerana ulama mengatakan mereka juga orang Islam.
“Mereka bersembahyang dan mengerjakan haji tetapi banyak cara beribadat mereka ini cara beribadat yang bercanggah dengan kajian ahli sunnah,” katanya.

Menurutnya, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan.
“Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik,” katanya.
Baru-baru ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan media arus perdana mengenai beberapa pemimpin PAS yang dikatakan terbabit dengan ajaran Syiah, hanya serangan politik terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS itu, berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.
Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
Jika kerajaan suka mengaitkan hubungan antara pimpinan Iran atau mereka yang berkait dengan ajaran Syiah, katanya, dan PAS juga boleh mempersoalkan hubungan kerajaan dengan Zionis Yahudi.
Sehubungan itu, katanya, PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu itu untuk menyerang bagi kepentingan keuntungan politik.

Perdebatan mengenai Syiah timbul kembali di Malaysia apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengatakan kerajaan negeri akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat.
Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu The Malaysian Insider bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya.
Harussani juga menyatakan terdapat kira-kira 70 pecahan yang terangkum dalam mahzab Syiah. – 3 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider 
ReadFull Article ..

Senin, 10 Maret 2014

Myanmar Bebaskan 69 Tahanan Politik


YANGON – Myanmar semalam berkata ia membebaskan berpuluh aktivis yang ditahan ketika negara itu menjadi hos kepada lawatan pemimpin dunia termasuk Kesatuan Eropah.

Kira-kira 69 banduan dibebaskan, yang terbaru dalam siri pembebasan yang dilihat di peringkat antarabangsa sebagai petunjuk utama negara berkenaan keluar daripada pemerintah tentera.

Kenyataan pejabat presiden berkata, pembebasan adalah sebagai menghormati asas kemanusiaan dan membolehkan mereka membantu dalam pembangunan negara dengan memahami kebajikan dan menghargai kebaikan negara.

Ia mengulangi ikrar Myanmar akan membebaskan semua saki baki tahanan pembangkang menjelang akhir tahun ini.

Pengumuman itu, yang disiarkan semalam, dibuat ketika Myanmar menjadi hos beberapa delegasi antarabangsa.

Presiden Thein Sein bertemu dengan ketua dasar luar EU, Catherine Ashton, kelmarin sebagai sebahagian misi Eropah ke negara itu.

Beliau juga bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, yang berada di Myanmar bagi pihak yayasan, manakala bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga berada di negara itu.

Thein Sein, yang mendapat pujian dunia dan bertanggungjawab di atas penarikan balik beberapa sekatan Barat berikutan pembaharuannya, mengumumkan ketika lawatan pertamanya ke London Julai lalu bahawa tiada tahanan politik di Myanmar menjelang akhir tahun ini.

Namun pemimpin Myanmar itu dikritik oleh aktivis yang menuduh pihak berkuasa terus menghukum pembangkang. Masih ramai kekal dalam penjara tetapi angka sebenar banduan tidak diketahui.

Kerajaan juga berdepan dakwaan pengkritik yang berada dalam penjara digunakan sebagai modal politik dengan masyarakat antarabangsa dan ketika rundingan damai etnik minoriti. –AFP
ReadFull Article ..