Gambar diatas ni saya dapat dalam satu forum.. Katanya, gambar ni milik sorang remaja melayu yang bangga sangat tayang LoveBite dia pada kengkawan..
Saya rasa, orang yang dah kahwin pun agak malu untuk tayang lovebite dia pada umum.. Tapi budak remaja melayu kita tu selamba je nampaknya..
Saya pun tak tahu apa nak jadi pada remaja sekarang.. Bukan saja dorang dah makin berani, tapi dorang dah makin hilang rasa malu didalam diri masing-masing..
Cuba korang bayangkan, kalau sorang anak dara melayu dah berani tayang LoveBite didalam Fesbuk, apakah dia ada perasaan malu?
So kalau dah tak ada perasaan malu, jangan heran kalau ada budak melayu yang sanggup bunuh bayi sendiri dan campak bayi tu merata-rata..
Sebab tu ramai yang kata.., melayu sekarang makin layu.. Bukan layu kerana tak cukup makan.., tapi layu kerana nak ikut setan!!
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.
“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.
Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.
Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.
Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.
“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.
“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.
Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.
“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.
Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.
“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya. SUMBER
Satu kajian terbaru yang melibatkan 22 jenama gincu mendapati bahawa 55 peratus mengandungi sejumlah kecil bahan plumbum.
Underwriters Laboratories mendedahkan bahawa 12 produk sampel gincu diuji positif mengandungi bahan toksik dengan tahap tertinggi pada 3.22 bahagian per juta. Mengulas mengenai penemuan Dr Sean Palfrey, pengarah perubatan untuk Program Pencegahan Keracunan Utama Boston, memberi amaran bahawa walaupun tahap rendah pendedahan kepada plumbum menimbulkan risiko kesihatan yang serius dan boleh menjejaskan kesihatan mental Beliau memberitahu, ”Apa yang kita tahu sekarang adalah bahawa walaupun tahap terendah plumbum boleh memudaratkan IQ anda, tingkah laku anda, keupayaan anda untuk belajar.”
Ramai aktivis anti-plumbum juga menekankan keperluan untuk melindungi kanak-kanak dan wanita hamil. Dr Halyna Breslawec, ketua saintis Majlis untuk Produk Penjagaan Peribadi, menambah, “Jika anda serius mengenai aspek kesihatan orang awam terhadap keracunan plumbum, anda tidak akan membenarkan penjualan gincu. “Anda akan mencari di lokasi-lokasi di mana kanak-kanak hidup. Adakah mereka tinggal berhampiran tapak sisa berbahaya - mereka mengunyah serpihan cat yang mengandungi plumbum, ”katanya. Ketika ini tiada standard yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah mengehadkan tahap dalam gincu dan ia terpulang kepada pengeluar untuk membuat keputusan mengenai ujian keselamatan yang dilakukan. Plumbum bukanlah bahan utama dalam pembuatan gincu. Ia secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam gincu melalui tambahan banyak pewarna berasaskan mineral yang mengandungi tahap kesan plumbum semulajadi yang ditemui di tanah, air dan udara. sumber: dailymail
Seorang pria parlente perut buncit ber-jas & tampak kaya raya, berjalan keluar dr Gedung megah di jalan Thamrin , di dpn gedung kebetulan ada seorg pengemis, seumuran si Pria, kurus kering, muka layu, pakaian compang-camping & penuh debu.
Pengemis : "Tuan, kasihani saya, minta uang 20ribu donk..." ♥
Pria kaya : "kalo saya kasih 20ribu, kamu tdk akan pakai untuk minum2 kan?"