Jumat, 07 Maret 2014

SpongeBob protes dera air




KARAKTER lucu SpongeBob menjadi ilham bantahan taman tema air New York.




NEW YORK - Sebuah taman tema air di Coney Island di sini menggunakan watak siri kartun,SpongeBon SquarePants sebagai tanda bantahan kepada penderaan air terhadap tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba.
Direka oleh artis Steve Power, pengunjung cuma membayar AS$1 (RM3.30) untuk menikmati permainan lasak pancutan air ke atas SpongeBob sambil menjelajah zon seumpama di penjara ketat Guantanamo.
Juga dipertontonkan aksi tahanan ditutup kepala dan berpakaian jingga digerakkan robot kelihatan dipancut air deras sewaktu disoal siasat kasar tentera Amerika Syarikat.
Watak SpongeBob itu menjerit It dont Gitmo better! - merujuk kepada protes seksaan terhadap tahanan Guantanamo yang turut dikritik badan hak asasi manusia. - Agensi
ReadFull Article ..

Kamis, 06 Maret 2014

Tertutupnya Pintu Syurga Bagi Manusia Yang Senang Berdusta Bersumpah

21 Jul 2013

  Islam adalah agama yang mengajarkan kebaikan. Berkata dan bersikap jujur hukumnya wajib dan diharamkan untuk berpura-pura atau berdusta.
Allah SWT sangat benci dengan kata-kata bohong dan sumpah palsu. Kerana sumpah adalah perkataan yang dijadikan jaminan, dan tidak boleh dipalsukan.

Sering kali kita menyaksikan orang-orang begitu mudah bersumpah. Lalu tanpa merasa berdosa melanggarnya, bahkan ada yang berani bersembunyi di balik sumpah.
Ustaz Arifin Ilham mengingatkan kita bahawa sumpah tidak boleh dipermainkan apalagi dijadikan perisai berlindung dari kejahatan yang dilakukan. Padahal ramai orang yang sebelumnya sudah disumpah, malah melanggar dan berbuat kejahatan.

Sumpah untuk tidak korupsi ketika akan dilantik jawatan, sumpah untuk tidak mengkhianati ketika pernikahan, sumpah bahawa tidak mencuri apapun padahal mengambil wang yang bukan miliknya, dan berbagai sumpah yang akhirnya menjadi kebohongan belaka lainnya. Ada juga yang berani bersumpah laknat.
Allah membenci umatNya yang menyalahgunakan sumpah, Rasulullah pun sudah menyampaikannya kepada manusia.

Dari Abu Umamah, Iyas bin Tsalabah Al Haritsi ra, Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang mengambil haq Muslim dengan sumpah palsu (untuk memperkaya diri), maka Allah mewajibkan untuknya masuk neraka dan diharamkan masuk suurga".
Seorang laki-laki bertanya, "Sekalipun sedikit, ya, Rasulullah?", Rasulullah menjawab, "Sekalipun sebatang kayu siwak" (HR Muslim).

Ladies, mungkin kadang-kadang anda luput untuk menepati sumpah. Sumpah untuk tidak berbohong atau sumpah untuk hal yang lain. Marilah  mulai sekarang jangan sembarangan bersumpah agar Allah senantiasa membukakan pintu syurga bagi kita. 
sumber:vimale.com
ReadFull Article ..

Rabu, 05 Maret 2014

VIDEO HIGHLIGHT PALERMO VS AC MILAN SERIE A 31 OKTOBER 2012

VIDEO HIGHLIGHT - Highlight Palermo vs AC Milan. Cuplikan Gol Palermo vs AC Milan. AC Milan hanya mampu mambawa pulang satu poin dari lawatannya ke markas Palermo usai bermain imbang 1-1 pada giornata ke-10 Serie A 2012/2013.

Bertanding di Stadio Renzo Barbera, 31 Oktober 2012, dinihari WIB, Palermo mampu unggul terlebih dahulu melalui pinalti Fabrizio Miccoli pada menit ke-45. Dua menit memasuki babak kedua, Franco Brienza bertinjauan menggandakan keunggulan Palermo.

Tertinggal dua gol, AC Milan berusaha bangkit. Usaha anak asuh Allegri membuahkan tinjauan saat Riccardo Montolivo bertinjauan membobol gawang Palermo pada menit ke-69. Pada menit ke-80 Stephan El Shaarawy sukses menyamakan skor menjadi 2-2. Skor imbang ini bertahan hingga laga usai.

Bagaimana proses terciptanya ke-3 gol pada pertandingan Palermo vs AC Milan tersebut, berikut VIDEO HIGHLIGHT PALERMO VS AC MILAN:

AGEN BOLA TERPERCAYA

Hasil imbang ini menempatkan Milan di urutan sembilan klasemen dengan 11 poin. Sementara Palermo ada di posisi 17 dengan delapan poin.

Susunan Pemain Palermo vs AC Milan:

Palermo: Ujkani; Munoz, Donati (Von Bergen 6), Mantovani; Morganella, Barreto, Arevalo Rios, Garcia (Cetto 68); Ilicic, Brienza (Giorgi 57); Miccoli

AC Milan: Amelia; Mexes, Bonera, Yepes (Pazzini 54); Abate, Montolivo, Flamini (Emanuelson 46), Nocerino, Constant; Pato (Bojan 54), El Shaarawy.
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Maret 2014

Sabah Hak Malaysia Kata Pakar Sejarah


Prof Datuk Dr Zainal Kling
SHAH ALAM – Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia.
Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold.
“Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai,” katanya semalam.
Ketika ditanya mengenai asal-usul Sabah, Zainal berkata, mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu.
“Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.
“Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga Perang Dunia ke-II,” katanya.
Katanya, Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu.
“Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada tanah Melayu. Tetapi, setahun selepas itu, Filipina, menerusi pimpinan Macapagal, menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei.
Tambahnya, selepas daripada itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.
“Bertarikh 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi.
“Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi,” katanya.
Jelasnya, walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia. – Sinar Harian Online
ReadFull Article ..

Senin, 03 Maret 2014

Rais Yatim dapat habuan

KERENGGA

http://www.ekeleh.com

Kali ini giliran bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mendapat dan menuntut habuan. Menurut laporan Bernama, Rais telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Perlantikan dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM. Tentunya atas arahan PM Najib.

Rais dijangka bertemu media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat ini. Tentunya juga bagi menyatakan kesyukurannya atas habuan tersebut.
ReadFull Article ..

Minggu, 02 Maret 2014

Rafizi cabar Nazri debat selepas dipanggil “bodoh”

OLEH DIYANA IBRAHIM September 04, 2013
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menjawab tuduhan “bodoh” Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berdebat dengannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau langsung tidak mengambil hati dengan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.

 "Saya sudi berdebat atau bersemuka dengan beliau dalam apa jua forum untuk belajar dari beliau kenapa Barisan Nasional (BN) bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak.
"Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata, membatalkan keistimewaan belanja petrol yang terpaksa ditanggung rakyat untuk menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan adalah cara termudah menjimatkan perbelanjaan dana awam.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, cadangan Nazri supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu melaksanakan  penghapusan subsidi petrol terhadap Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak relevan kerana katanya rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan bukannya kerajaan negeri.

"Bagaimana pun saya tetap akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar PR supaya mengemukakan langkah mengurangkan belanja petrol yang ditanggung rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka," katanya.

Semalam, Nazri dilaporkan berkata demikian sebagai komennya terhadap cadangan Rafizi yang mahu menteri dan timbalan menteri menggunakan wang sendiri sebagai satu cara menghukum kerajaan kerana mengurangkan subsidi minyak di negara ini.
“Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.

"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," kata Nazri dalam satu Majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam tadi.

Putrajaya pada Isnin mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah itu mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding KDNK pada hujung tahun lalu.

Sejurus selepas pengumuman orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan itu.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada 2010, dengan kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 4 September, 2013.TMI
ReadFull Article ..

Sabtu, 01 Maret 2014

Imej Percikan Api Di Matahari


Imej Percikan Api Di Matahari
MIAMI : Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.
Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.
Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.
Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.
Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi. – Agensi
ReadFull Article ..