Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ini. Tampilkan semua postingan

Selasa, 08 April 2014

Helsinki Ibu Kota Finlandia Ini Berpredikat Kota Paling Jujur di Dunia


Helsinki, ibu kota sekaligus salah satu kota terbesar di Finlandia kini miliki julukan sebagai kota paling jujur di dunia. Tahukah Anda, jika dari 12 dompet yang hilang atau terjatuh di Helsinki, 11 diantaranya pasti kembali ke pemiliknya.

Berdasarkan survei dari Reader’s Digest, predikat ini diberikan ke kota di dataran Skandinavia itu. Namun bukan Helsinki saja yang peroleh predikat sebagai kota paling jujur di muka bumi, ada 15 kota lain yang mendapatkannya.

Berikut daftar 16 kota paling jujur di dunia menurut Reader’s Digest yang dikutip dari Daily Mail:

Helsinki, Finlandia – 11 dompet kembali.
Mumbai, India – 9 dompet kembali.
Budapest, Hungaria – 8 dompet kembali.
New York City, AS – 8 dompet kembali.
Moscow, Russia – 7 dompet kembali.
Amsterdam, Belanda – 7 dompet kembali.
Berlin, Jerman – 6 dompet kembali.
Ljubljana, Slovenia – 6 dompet kembali.
London, UK – 5 dompet kembali.
Warsawa, Polandia – 5 dompet kembali.
Bucharest, Rumania – 4 dompet kembali.
Rio de Janeiro, Brazil – 4 dompet kembali.
Zurich, Swiss – 4 dompet kembali.
Prague, Republik Ceko – 3 dompet kembali.
Madrid, Spanyol – 2 dompet kembali.
Lisbon, Portugal – 1 dompet kembali.

Dari studi kecil yang dilakukan Reader’s Digest, mereka telah menjatuhkan sekitar 192 dompet dan tiap kota mendapat jatah 12 dompet. Dompet ini sengaja dijatuhkan di pelbagai area publik seperti pusat perbelanjaan, tempat parkir, trotoar, dan masih banyak lagi lokasi lainnya.

Dari list di atas hanya ada satu negara Asia yakni India. Sayangnya tak ada satu pun wakil Asia Tenggara khususnya Indonesia. Apakah ini jadi pertanda jika kota-kota di Indonesia sama sekali tak miliki warga yang berperilaku jujur?

source
ReadFull Article ..

Senin, 24 Februari 2014

Model sambilan tak cerdik ini sensasi selepas HKR KL112

kerengga

laniismaa
sasha_mendoza
Model sambilan, Shasha Mendoza menjadi sensasi serta menjadi bintang Twitter selepas HKR #KL112. Dia sensasi kerana dikritik penyokong PR setelah membuat Tweet menyokong kerajaan.

Tweet-nya berbunyi: “Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Anwar berjanji untuk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.“

Patutlah dia menerima kritikan, dia ingat Anwar dan pemimpin PR sebodoh dia gamaknya!! PAS : God @ Lord Tidak Boleh Gantikan Allah

 
-tranungkite-
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Matahari tegak di atas Kaabah petang ini


ISNIN, 28 MEI 2012




KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.
ReadFull Article ..

Jumat, 31 Januari 2014

Peugeot Bakal Lancar 5 Cawangan Lagi Tahun Ini


KUALA LUMPUR – Nasim Sdn Bhd, syarikat pengedar kenderaan Peugeot yang sah, dan wakil-wakil jualannya, telah melabur sejumlah RM17 juta untuk membuka lima cawangan bilik pameran baharu tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan rangkaian seluruh negaranya yang sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George, berkata syarikat itu telah melancarkan lima cawangan di Butterworth, Georgetown, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Batu Pahat sebelum ini.

“Setakat ini tahun ini, kami telah melancarkan lima cawangan baharu dan dalam bulan-bulan yang akan datang, kami akan lancarkan lima lagi, menjadikan kesemua cawangan Peugeot di negara ini berjumlah 30,” kata Samson dalam satu kenyataan.

Syarikat itu akan melancarkan tiga cawangan lagi di Lembah Klang, Johor dan  Pahang.

Sempena perayaan Deepavali November ini, Nasim akan melancarkan semula Peugeot Klang pada 28 Sept.

Bilik pameran yang dilancarkan semula itu akan menjadi cawangan jualan Peugeot bagi Pelabuhan Klang, Bandar Klang, Pulau Indah, Pulau Lumut, Pulau Ketam dan Pulau Carey.

“Peugeot Klang yang baharu ini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang di Klang dan kawasan-kawasan sekitarnya,” katanya.

Hingga 31 Julai, Nasim mencatatkan jualan sebanyak 3,590 unit pada 2013, meningkat tujuh peratus daripada tempoh yang sama pada 2012.

“Pertumbuhan jualan ini disumbangkan terutamanya oleh model 408, 508 dan 208 berwajah baharu,” jelasnya.  – BERNAMA
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Sungguh Gila! Designer terkenal ini ingin menikah dengan kucing peliharaannya kerana sudah jatuh cinta



LOS ANGELES – Pereka fesyen ternama, Karl
Lagerfeld mengungkapkan ingin berkahwin dengan
kucing kesayangannya, Choupette.
Creative Director Chanel ini mengatakan
kepada CNN, dia kecewa pernikahan antara
manusia dan hewan tidak mungkin terjadi.
"Tidak ada pernikahan untuk manusia. Saya
tidak pernah berfikir jika saya akan jatuh
cinta seperti ini, dengan seekor kucing,"
ujar Lagerfeld, dilansir Digitalspy, Minggu
(9/6/2013).
Chouppette yang ketika ini berusia 22 bulan,
dan berwarna putih juga diperlakukan
dengan sangat istimewa oleh Lagerfeld.
Bahkan, kucing itu memiliki iPad, dan dua
pelayan untuk mengurusnya.

Tingkah kontroversi Lagerfeld ini memang
bukan hal yang aneh. Sebabnya, dia memang
sudah sering melakukannya. Salah satunya,
dengan menghadiahi alat pancing untuk
Emma Watson di HUT ke-18.
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Gempar Kalimah Allah Muncul di Langit Rumah Ini

PONOROGO - Kalimah Allah muncul dari langit rumah pasangan Hidayati dan Wiyadi di Desa Ronowijayan Ponorogo, Jawa Timur. Anehnya, kemunculan kalimah ini hanya dalam tempoh satu jam, Iaitu sekitar pukul 7:30 pagi hingga 8:30 pagi setiap hari. 

Hidayati, pemilik rumah, mengaku, kalimah tersebut belum pernah muncul sejak rumah tersebut dibina 15 tahun lalu. Kemunculan kalimah itu terjadi pada hari Rabu 5 September lalu.
Ketika itu secara tidak sengaja, Hidayati melihat ada kalimah tersebut. Kerana takut dan bingung, atap genting rumah itu diganti dengan tujuan supaya kalimah itu tidak muncul. Namun walaupun beberapa kali diganti, kalimah itu tetap muncul.

"Dibuka gentingnya, dibersihkan, tetap saja ada. Diganti gentinya tetap saja ada. Genting dari manapun, kalau dipasang di sini tetap saja muncul kalimah disini. Kalau dipindah di tempat lain, tidak keluar kalimahnya. Ini anugerah, semoga kami sekeluarga tetap diberi keselamatan,” kata Hidayati, Sabtu (8/9/2012).
Cerita ini telah tersebar dari mulut ke mulut. Dalam waktu singkat, banyak penduduk setempat dan orang luar datang beramai-ramai ke rumah pasangan itu. Para pengunjung yang datang mengaku ketakutan dan mengakui adanya kalimah tersebut.

Mujiati, salah seorang penduduk, mengaku hairan melihat fenomena tersebut. “Rasanya meremang bulu roma melihatnya, di hati tertanya-tanya bagaimana boleh muncul kalimah ini.Belum pernah melihat perkara seperti ini,” katanya.

Sementara itu,  Ahmad Munir, salah seorang Imam di wilayah tersebut, mengatakan, tulisan tersebut adalah fenomena alam dan lumrah semulajadi. "Fenomena wujudnya kalimah itu merupakan petanda Allah menunjukkan kebesarannya," katanya.
Walaupun ulamak ini mengatakan ini bukan perkara aneh, namun penduduk setempat terus saja berduyun-duyun menyaksikan fenomena unik itu.

LIHAT VIDEO KALIMAH ALLAH MUNCUL DARI BUMBUNG RUMAH :
ReadFull Article ..